______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Friday, May 1, 2009

Kejayaan besar bila bukan Melayu tidak takut PAS


'Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata-mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah tengah masyarakat terutama saat mereka diperlukan untuk membimbing dan memimpin masyarakat. Kepimpinan yang bersedia untuk memerintah dan mentadbir negara atau negeri, bukan lagi hanya memimpin organisasi, tetapi juga kepimpinan yang mampu merungkai kebuntuan negara dan rakyat dalam berhadapan dengan pelbagai polemik kehidupan pada zaman moden ini.'

Nyza Ayob
Wed Apr 29, 09 9:54:16 am MYT

Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata-mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat. Apa lagi kejayaan lebih besar selain orang Cina dan India kini tidak lagi takut untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama. Itu antara pandangan yang diutarakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengenai perjuangan 25 tahun kepimpinan ulama dalam PAS. Wartawan NYZA AYOB mencungkil pendapat spontan beliau.

HARAKAH: Bagaimana Pemuda PAS melihat setelah 25 tahun kepimpinan Ulama dalam PAS?

NASHARUDDIN HASSAN: Gerak tindak pemerkasaan parti sememangnya menjadi agenda yang berterusan dan ia melibatkan kepimpinan ulama' yang telah melalui pengalaman kepimpinannya sejak 25 tahun yang lalu. Meskipun kita tidak pernah berasa memadai dengan pencapaian, tetapi Alhamdulillah kepimpinan ulama dalam tempoh 25 tahun ini telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kontemporari yang mampu memberi saingan dan tamparan hebat kepada kerajaan nasionalis bahkan berjaya mengatasi penguasaan mereka serta disegani bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Pengalamannya ditimba oleh gerakan Islam antarabangsa. Kepimpinan ulama ini menjadi tonggak untuk PAS terus kekal bersama ketulenan manhaj perjuangannya membawa negara dan rakyat agar diredhai oleh Allah.

Setelah berjaya mengalihkan kepimpinan terdahulu (kepimpinan Dato' Mohd Asri Muda) banyak kejayaan telah dikuasai parti selain memerintah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah. Apa yang boleh diperkatakan di sebalik kejayaan ini?

Alhamdulillah, kejayaan ini menjadi khibrah (pengalaman) dan ibtila' (ujian) yang besar dan bermakna buat PAS. Ianya telah berjaya menafikan persepsi negatif yang menjadi khurafat sekian lama kononnya PAS tidak mampu memerintah dan mentadbir negara. PAS juga telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.


Ya! kerajaan alternatif setelah rakyat sekian lama menderita di bawah kepimpinan parti perkauman dan tidak mesra kebajikan. Perkara kedua, suka saya tegaskan di sini bahawa kemenangan ini juga menjadi satu latihan praktikal kepada PAS untuk menghadapi suasana berbeza sebagai sebuah kerajaan yang memerintah bukan lagi pembangkang.

Tentunya berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar-benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan.

Pada pemerhatian ustaz, apakah kejayaan terbesar yang telah memecah landskap politik tanah air sepanjang 25 tahun kepimpinan Ulama?

Saya melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah meresap jauh ke dalam hati nurani masyarakat. Betapa kini mereka memerlukan Islam untuk keluar daripada segala kemelut yang menimpa negara sama ada politik mahupun ekonomi.

Jika dulu sering kita dengar pemimpin negara menyebut bahawa 'politik suku agama suku', maka kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar-benar jahil dan kufur. Ini adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS.


Malah kita berjaya mematahkan tongkat Umno dan BN yang selama ini membenarkan mereka tegak angkuh sekian lama. Tongkat yang saya maksudkan ialah MIC dan MCA. Kini masyarakat Tiong Hua dan India tidak lagi 'berkiblatkan' MCA dan MIC untuk terus mendokong BN tetapi rata-ratanya telah beralih menyatakan sokongan kepada KeADILan dan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebahagiannya kepada PAS sendiri melalui Kelab Penyokong PAS yang kita tubuhkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional. Apa lagi yang lebih besar selain orang bukan Islam di kalangan bangsa Cina dan India kini tidak lagi takut dan bimbang untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama.

Apabila tongkat Umno dan BN ini patah, kini mereka mulai kenal tinggi rendahnya langit dari bumi setelah mereka dibelenggu perasaan angkuh dan bongkak di puncak kuasa sejak sekian lama.

klik di sini untuk bacaan selanjutnya

sumber : harakahdaily.net

No comments: