______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Tuesday, March 31, 2009

Bakal PM:Kerajaan dicabar saman media asing

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue Mar 31, 09 11:49:52 am MYT

"...bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan.."

Sekarang ini seluruh rakyat dalam negara ini dan dunia sedang menyaksikan satu lagi episod perubahan kepimpinan bagi negara Malaysia. Perubahan kepimpinan ini juga adalah merupakan satu sejarah yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia, kerana ianya berlaku terhadap barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan di peringkat persekutuan.

Perubahan ini adalah bukannya hal dalaman UMNO dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini.

Semua rakyat tidak mengira latarbelakang agama dan kaum, parti-parti politik yang sah di sisi perundangan negara, dan segala bentuk perubahan polisi kerajaan yang baru nanti adalah berlaku hasil dari perubahan kepimpinan ini.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

klik di sini untuk bacaan selanjutnya.

sumber : harakahdaily.net

Saturday, March 28, 2009

Penamaan Calon P059 Bukit Gantang

Mohd Razali Ramli

Bukit Gantang 28 Mac: Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang akan diadakan pada 29 Mac ini hari Ahad bertempat di Majlis Perbandaran Taiping.

Semua peserta daripada Negeri Pahang yang ingin menyertai Perarakan Calon dinasihatkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Mereka yang datang melalui Lebuhraya Plus hendaklah melalui susur keluar Kemunting dan terus menghala ke Bandar Taiping.

Penyokong PAS akan berhimpun di Jalan Kota berhadapan dengan Mahkamah.

Semoga semua penyokong PAS daripada Negeri Pahang khususnya Kawasan Kuantan didoakan selamat sampai dan sama-sama dapat menyokong dan membantu kemenangan Calon PAS di Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sunday, March 15, 2009

Umat Islam dilarang masuki premis judi di Pahang

Basiron Abdul Wahab
Sat Mar 14, 09 1:32:00 pm MYT

KUANTAN 14 Mac (Hrkh) - Umat Islam dilarang memasuki premis perjudian atas alasan apa pun sebagaimana tertakluk di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditandatangani oleh Sultan Pahang pada 3 Desember lalu.

Perkata itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP) Dato� Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Di bawah larangan itu, premis perjudian adalah perbagaimana ditakrif di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (disemak 1983). Ia termasuklah kedai empat nombor, Sport Toto dan sebagainya yang berselerak di seluruh negeri.

Dipercayai setiap daerah di Pahang mempunyai sekurang-kurang empat premis perjudian ekor, Sport Toto dan ramalan nombor. Semua premis terbabit penuh sesak dengan pelanggan terutama pada hari Sabtu. Ia turut membabitkan warga asing dari Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh, India dan sebagainya.

Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 169, Enekmen Pentadbiran MUIP No .8 /1982 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan larangan itu berkuat kuasa 13 Mac lalu. - mns

sumber :harakahdaily.net

admin - harap-harap dapatlah dilaksanakan dengan sebaik mungkin...

Thursday, March 12, 2009

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong

Gerakan Mansuh PPSMI
Mon Mar 09, 09 3:45:02 pm MYT

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:


Monday, March 9, 2009

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

Dr Haron Din Mon
Mar 09, 09 1:32:41 pm MYT

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS _

sumber : harakahdaily.net

admin - PKBC mengucapkan salam maulidurrasul buat semua. Sama-samalah kita mengambil contoh dari perjuangan Rasullullah s.a.w, dan jangan sekali-kali kita meninggalkan perjuangan baginda s.a.w.

Sunday, March 8, 2009

Himpunan GMP - Apabila Penguasa Mengasari Rakyat!

Kuala Lumpur 7 Mac 2009 - Lebih 100 ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah berhimpun demi menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI. Perhimpunan di adakan di tiga tempat berlainan iaitu Pasar Seni, Sogo dan Masjid Negara. Kira-kira jam 2.00 petang, semua mereka mula berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin-pemimpin GMP yang akan menyerakan memorandom bantahan kepada Yang Dipertuan Agung. Perarakan menjadi semakin besar apabila ketiga-tiga kumpulan ini bergabung di atas jalanraya.

Tanpa menghiraukan siapa yang berhimpun, polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemediah mata dan air kimia. Para perserta himpunan ini, termasuk kanak-kanak, OKU, orang-orang tua dan wanita, mula bertempiaran lari apabila terhidu gas tersebut. Namun, peserta kembali berhimpun untuk meneruskan perarakan apabila kesan gas mulai hilang.

Sungguh menyedihkan apabila pihak polis terus membedil para peserta. Arahan dikeluarkan oleh pimpinan GMP supaya semua rakyat kembali ke Masjid Negara, kerana memo sudah berjaya diserahkan. Namun polis terus berkasar, memberdil berpuluh-puluh gas pemedih mata kedalam Masjid Negara. Polis turut menyermbur air kimia dan membedil para peserta yang berhimpunan di sekitar masjid kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid akibat dihalang oleh pihak polis.












Himpunan mula bersurai ketika gerakan mashsiswa telah berjaya membawa pulang 'Keranda 152', simbolik kepada kematian bahasa. Di beritakan kira-kira 124 orang telah ditahan.-pkbc












admin - tidak terlepas YDP Kuantan, Ust. Rosli Abdul Jabar turut menjadi mangsa kekasaran pihak polis.

Thursday, March 5, 2009

Himpunan 100 Ribu GMPPSMI



admin - semua dijemput hadir bagi menunjukkan sokongan kepada bahasa melayu.
ikut arahan pimpinan, tidak dibenarkan sebarang logo parti, pakai pakaian bewarna putih atau merah... ayuh kita bela nasib generasi akan datang!

Wednesday, March 4, 2009

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Presiden

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni,"

Harakahdaily
Wed Mar 04, 09 4:26:57 pm MYT

"Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri."

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.
"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.
Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

(Berita ini dipetik daripada Harakah dan laman web Presiden PAS) _

sumber : harakahdaily.net


admin - mari kita pakat ramai-ramai turun untuk membela nasib anak cucu kita 7 mac nanti. Ini bukan untuk perut kita hari ini... tapi ini demi nasib perut anak cucu kita di masa hadapan!!! Jangan khianati anak cucu kita...

Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah... Sidang Dun Perak Bawah Pokok.









admin- sumber gambar dari MSOmelayu.blogspot.com

Pengumuman

CERAMAH UMUM ISU SEMASA
YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
YANG DIJADUALKAN PADA MALAM
INI DI DARUL HISAB, SUNGAI ISAP,
DITUKARKAN KE MASJID AL-FATAH.
TOLONG SEBARKAN
& HARAP MAKLUM.
-pkbc.

Monday, March 2, 2009

Ceramah Umum



Ceramah Umum Situasi Semasa
"Kemelut Politik Di Perak"

3/3/2009 (Selasa)

Yb. Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar Perak
(AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS )

Bertempat di :
Darul Hisab,
Perkampungan Sungai Isap,
Jalan Gambang Kuantan.
(belakang Tunas Manja Sungai Hisap)

Jam 9.30 malam

admin - Semua di jemput hadir bagi mendengar isu-isu terkini kemelut Politik di Perak. Tolong SMS kepada rakan-rakan anda untuk memaklumkan ceramah ini. T.k.

UMNO-BN Perak Terdesak!??

2 March 09 Perak - Notis yang dikeluarkan tanpa tandatangan ini menggambarkan betapa terdesaknya umno-bn untuk mempertahankan kerajaan 'haram' yang dibentuk melalui rampasan kuasa. Tujuan pengeluaran notis ini adalah untuk menghalang sidang tergempar Dun Perak, sebagaimana yang telah di maklumkan oleh Speaker Dun Perak, bagi membahasa 2 usul yang dikemukan oleh adun-adun di Perak.

Usul-usul tersebut ialah usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, DS Ir. Nizar dan usul untuk membubarkan Dun Perak bagi memberi laluan untuk mengadakan pilihanraya peringkat negeri.

Situasi ini menggambarkan bagaimana pihak umno-bn begitu terdesak setelah melakukan kudeta di Perak, bermula dengan mempergunakan institusi Raja, mufti dan SPRM, hari ini mereka menggunakan pula Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Ketua Polis Negeri Perak untuk menghalang proses demokrasi di Perak.

Apakah pihak umno-bn benar-benar terdesak dalam usaha mempertahankan kerjaan 'haram' mereka di Perak??? Jawapannya, sudah tentu "YA" -pkbc.



admin - sungguh pelik bin ajaib kemelut politik di Perak hari ini.