______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Showing posts with label Pas Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Pas Kuantan. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Belangsukawa - Ust. Bahrin Mohamad Dalam Kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ust. Bahrin Mohamad, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuantan. Beliau telah kembali kerahmatullah menyambut seruan Ilahi jam 11 malam, pada 16 Ramadhan 1430 bersamaan 6 September 2009. Dari sumber Pas Cawangan Peramu, almarhum pengsan ketika sedang berusrah bagi membincangkan Program Sumbangan Fakir Miskin dan Anak Yatim Pas Kawasan Kuantan, yang dijadualkan pada 12 September 2009 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Peramu (Putip) dimana Pas Cawangan Peramu menjadi tuan rumah. Almarhum disahkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana mengalami serangan jantung.

Almarhum berusia 52 tahun, meninggalkan seorang balu dan 8 orang anak.

Almarhum dikenali sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, tegas dan strategis. Seorang yang istiqamah dengan perjuangan Islam sepanjang hidupnya. Almarhum pernah mewakili Pas dalam pilihanraya umum bagi kerusi DUN Jenderak, pilihanraya umum ke 9 bagi kerusi DUN Penor (1995) dan pilihanraya umum ke 11 bagi kerusi Dun Tanjung Lumpur (2004). Pernah mengetuai Dewan Pemuda Pas Pahang pada era 80an, kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri Pahang, serta pernah menjadi YDP Kawasan Kuantan, selain mengetuai Pas cawangan Peramu. Selain dipilih sebagai Naib Yang Dipertua pada pemilihan 2009, almarhum turut diamanahkan sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen Kuantan.

Lulusan Sarjana Muda Ekonomi ini pernah berkhidmat dengan Syarikat ASPA, kemudiannya menjadi Imam di Masjid Tengku Mahkota, Peramu. Almarhum sangat tegas mempertahankan masjid tersebut dari dikuasai oleh Majlis Agama Islam, ketika krisis majlis agama mengambil alih pentadbiran masjid-masjid seluruh negeri Pahang, sehingga almarhum dikekalkan sebagai Imam masjid tersebut.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Pas Kawasan Kuantan khususnya dan kepada gerakan Islam amnya. PKBC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum, diharap meraka tabah dan redha dengan pemergiannya.
Semoga segala usaha dan pengorbanan almarhum selama ini, diberi pembalasan yang baik di sisi Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan para pejuang Islam.Amin.

admin : Jenazah beliau akan disembahyangkan pada jam 10.00 pagi esok, bertempat di surau Pasir Putih Peramu.
Innalillah hiwainna ilaihirajiun... Al-Fatihah.

Monday, May 4, 2009

Ust. Rosli Abd. Jabar Kekal YDP Kuantan.

3 Mei 2009 (Ahad) - Pas Kawasan Kuantan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21 di Pondok An-Nur, Kuala Penur. Yang Dipertua Pas Kawasan Kuantan, Al-Fadhil Ust. Rosli Jabar, kekal sebagai YDP baru tanpa bertanding. Jawatan itu telah dimenanginya kerana semua calon lain telah menarik diri untuk terus memberi laluan kepadanya memimpin Pas Kuantan.

Pemilihan kali ini juga memperlihatkan, beberapa jawatan bertukar dari penyandang asalnya. Terdapat juga muka-muka baru yang ditampilkan dalam saf jemaaf ini.

Kepada yang terpilih, selamat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga Pas Kawasan Kuantan akan terus maju dan berjaya di masa hadapan.

admin - tahniah... mungkin takziah pada yang terpilih. Ingatlah ini bukan sekadar penghormatan, seperti yang dikatakan oleh Al-Fadhil Ust. Yusof Embong di blognya, ini adalah amanah yang pasti akan di soal di akhirat kelak. Semoga tuan-tuan dan puan-puan cekal dalam menguruskan amanah ini, dan berjaya melaksanakan segala tanggungjawabnya. Kepada yang tidak terpilih, jangan bersedih, sebaliknya bersyukurlah kerana tuan-tuan dan puan-puan di lepaskan oleh Allah dari menanggung amanah.

Thursday, November 20, 2008

Seratus Anak Yatim Diraikan Di Pantai Sepat

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Seramai kira-kira seratus orang anak-anak yatim daerah Kuantan dan anak-anak Pasti Al-Haq, Taman Bukit Bendera, Mentakab telah diraikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Parlimen Kuantan.

Majlis tersebut yang diadakan baru-baru ini di Markas PAS Cawangan Kg. Sepat telah dirasmikan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Parlimen Kuantan.

Beberapa acara telah diadakan antaranya sukaneka, persembahan nasyid, persembahan laungan azan, bacaan hafalan Al-Quran dan cabutan bertuah iaitu bagi tujuan mengembirakan anak-anak yatim tersebut.

Disamping anak-anak yatim dan Pasti Al-Haq turut sama hadir dalam program tersebut ialah para penjaga, AJK PAS Kawasan Kuantan, Pelajar Madrasah Darul Fikri, Kg. Seri Damai serta kepimpinan PAS Cawangan Kg. Sepat.

Majlis yang mengeratkan tali silaturrahim antara kepimpinan PAS dan anak-anak yatim tersebut dikelolakan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Parlimen Kuantan dengan kerjasama Unit Amal serta Nisa' Kawasan Kuantan.

Bagi PAS Kawasan Kuantan program bantuan dan meraikan anak-anak yatim serta fakir miskin sentiasa diadakan saban tahun terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kebanyakan program berbentuk kebajikan tersebut akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pusat Khidmat Masyarakat kawasan yang diketuai oleh Ahmad Nasuha Abidin selaku pengerusinya.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan mengharapkan semua cawangan-cawangan PAS dalam Parlimen Kuantan sentiasa mengemaskini data senarai anak-anak yatim serta fakir miskin di cawangan masing-masing agar program bantuan dan seumpamanya dapat disalurkan sekadar yang termampu.
gambar sekitar majlis


Wednesday, November 19, 2008

Guna Sistem Komputer Dalam Usaha Daftar Ahli dan Pemilih Baru

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Semua Ketua atau Setiausaha PAS Cawangan diharap dapat menggunakan sistem berkomputer dalam mempertingkatkan usaha mendaftar ahli PAS dan pemilih baru di cawangan masing-masing bagi memastikan kemenangan parlimen Kuantan dapat dikekalkan serta semua Dewan Undangan Negeri di kawasan tersebut dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Suasana Umno/BN yang berada dalam krisis kepimpinan dan Pakatan Rakyat mendapat perhatian yang baik dikalangan masyarakat, maka peluang ini mesti diambil oleh semua kepimpinan cawangan-cawangan bagi meningkatkan usaha untuk mendaftar ahli baru PAS dan pemilih baru.

Keutamaan dalam mendaftarkan ahli serta pemilih baru perlulah bermula daripada keluarga ahli PAS sendiri, oleh itu semua kepimpinan PAS Cawangan mestilah mengadakan perancangan yang berterusan bagi mengenalpasti ahli PAS dan keluarga mereka.

PAS Kawasan sedia membekalkan sistem semakan ahli dan pemilih secara berkomputer bagi memudahkan usaha mengemaskini keahlian serta daftar pemilih di peringkat cawangan-cawangan.

Melalui sistem yang disediakan tersebut PAS Cawangan bukan sahaja dapat membuat 'pemutihan ahli' malah dapat membuat perancangan yang lebih teliti untuk kemenangan PAS di dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Namun demikian sistem berkomputer yang disediakan tersebut tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya di peringkat cawangan tiada seorang pun jawatankuasa yang mampu membuat pengemaskiniannya.

Oleh itu, PAS Kawasan melalui Lajnah IT telah pun mengadakan beberapa siri kursus bagi meningkatkan usaha penggunaan komputer untuk kepimpinan PAS Cawangan tetapi malangnya tidak mendapat sambutan yang menggalakan.

Walau bagaimana pun PAS Kawasan akan tetap meneruskan siri-siri kursus bagi meningkatkan usaha penggunaan komputer terutamanya di peringkat kepimpinan PAS Kawasan serta Ahli Jawatankuasa Harian PAS Cawangan-cawangan dan diharap ianya mendapat maklumbalas yang baik.

Disamping itu juga semua PAS Cawangan diharap dapat menyerahkan seberapa banyak borang ahli baru selewat-lewatnya pada 27 November ini untuk diserahkan kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 29 November sempena lawatannya ke Pahang bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jerantut, di Kg. Temin.

Semoga semua kerja mereka yang ikhlas untuk meningkatkan kemajuan gerak kerja Islam akan mendapat ganjaran pahala sebagai amalan jihad di sisi Allah SWT, insya Allah - zalie n.z

Sunday, October 26, 2008

PR Dalam Jamuan Raya PAS Kuantan

Oleh Mohd Razali Ramli
Kuantan 26 Okt: Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Jamuan Hari Raya 'Idil Fitri PAS Kawasan Kuantan melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Selain masyarakat setempat yang memeriahkan majlis tersebut turut hadir adalah Fuziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan dan suaminya Profesor Dr Rosli, Hanipa Maidin AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat serta Datok Fauzi Rahman bekas ADUN Beserah yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pimpinan PAS Negeri yang turut bersama di dalam majlis jamuan tersebut adalah Ustaz Yusof Embong Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Mokhtar Senik Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri, Pemangku Ketua DPP Negeri Ustaz Suhaimi Md Saad serta Ketua Penerangan PAS Negeri Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Majlis Jamuan Hari Raya yang buat pertama kalinya diadakan di Markas Unit Peti Undi Kempadang, di Taman Berjaya Permai, DUN Tg Lumpur juga turut disertai pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Celcom yang telah membuka kaunter masing-masing bagi menceriakan lagi suasana majlis tersebut.

Jamuan yang diadakan secara sederhana bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang tersebut menghidangkan jamuan nasi berlaukan gulai kawah daging kerbau disamping kuih muih yang biasa disediakan.

Tetamu yang hadir selain menikmati juadah yang disediakan turut dihiburkan dengan gelagat pakar motivasi Yayasan Amal Akhwan Affandy daripada Adnin Managment Centre yang menjadi pengacara majlis serta kumpulan nasyid daripada Madrasah Darul Fikri Kg. Seri Damai. Kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan penyampaian duit raya oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar YDP PAS Kuantan dan Penolong Setiausahanya Mohd Razali Ramli.

Gambar sekitar majlis jamuan.