______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Friday, October 31, 2008

Kuliah Maghrib & Tayangan LCD


Ust. Yusof Embong
(Timb. P/jaya PAS Pahang)

Tarikh : 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Tempat : Masjid Al-Fattah,Batu 3
Jalan Gambang
Masa : Jam 7.30 malam






Admin - muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wednesday, October 29, 2008

Moga kestabilan negara, ketenteraman rakyat tidak terjejas

PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Saya berharap agar dalam tempuh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melakasanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahaknnya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara dan tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.
PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat.

Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS).

sumber : Harakahdaily.net

Sunday, October 26, 2008

PR Dalam Jamuan Raya PAS Kuantan

Oleh Mohd Razali Ramli
Kuantan 26 Okt: Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Jamuan Hari Raya 'Idil Fitri PAS Kawasan Kuantan melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Selain masyarakat setempat yang memeriahkan majlis tersebut turut hadir adalah Fuziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan dan suaminya Profesor Dr Rosli, Hanipa Maidin AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat serta Datok Fauzi Rahman bekas ADUN Beserah yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pimpinan PAS Negeri yang turut bersama di dalam majlis jamuan tersebut adalah Ustaz Yusof Embong Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Mokhtar Senik Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri, Pemangku Ketua DPP Negeri Ustaz Suhaimi Md Saad serta Ketua Penerangan PAS Negeri Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Majlis Jamuan Hari Raya yang buat pertama kalinya diadakan di Markas Unit Peti Undi Kempadang, di Taman Berjaya Permai, DUN Tg Lumpur juga turut disertai pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Celcom yang telah membuka kaunter masing-masing bagi menceriakan lagi suasana majlis tersebut.

Jamuan yang diadakan secara sederhana bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang tersebut menghidangkan jamuan nasi berlaukan gulai kawah daging kerbau disamping kuih muih yang biasa disediakan.

Tetamu yang hadir selain menikmati juadah yang disediakan turut dihiburkan dengan gelagat pakar motivasi Yayasan Amal Akhwan Affandy daripada Adnin Managment Centre yang menjadi pengacara majlis serta kumpulan nasyid daripada Madrasah Darul Fikri Kg. Seri Damai. Kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan penyampaian duit raya oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar YDP PAS Kuantan dan Penolong Setiausahanya Mohd Razali Ramli.

Gambar sekitar majlis jamuan.


Thursday, October 23, 2008

Ceramah Isu-Isu Semasa










Ust. Kamal Ashaari
(Exco DPP Pusat.)










Datok Fauzi Rahman
(Bekas Timb. Menteri BN/Adun Beserah)

Tarikh : 27 Oktober 2008 (Isnin)
Tempat : Pasti As-Saadah, Kg. Razali
Batu 3, Jalan Gambang.
Masa : 9.00 malam.




Admin - muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kuliah Maghrib

Ust. Riduan Mohd Nor
(Ketua DPP WP Kuala Lumpur)


Tarikh : 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Tempat : Masjid Al-Fattah,
Batu 3 Jalan Gambang
Masa : Jam 7.30 malam



Admin - Gantian kuliah bulanan Ust. Suhaimi Saad.

Wednesday, October 15, 2008

Kuliah YDP


Kuliah Bulanan YDP PAS Kuantan

Tarikh : 17 Okt. 2008 (Jumaat)
Tempat : Masjid Al-Fattah,
Batu 3 Jalan Gambang
Masa : Jam 7.30 malam

Thursday, October 2, 2008

Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am

Abdul Aziz Mustafa Wed Oct 01, 08 11:03:20 am MYT


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.

"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.


"Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.
Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.


"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.


"Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.


"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.
Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.�


"Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.
Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia".
Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.


"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru.

sumber: HarakahDaily.net