______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Thursday, November 20, 2008

Seratus Anak Yatim Diraikan Di Pantai Sepat

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Seramai kira-kira seratus orang anak-anak yatim daerah Kuantan dan anak-anak Pasti Al-Haq, Taman Bukit Bendera, Mentakab telah diraikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Parlimen Kuantan.

Majlis tersebut yang diadakan baru-baru ini di Markas PAS Cawangan Kg. Sepat telah dirasmikan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Parlimen Kuantan.

Beberapa acara telah diadakan antaranya sukaneka, persembahan nasyid, persembahan laungan azan, bacaan hafalan Al-Quran dan cabutan bertuah iaitu bagi tujuan mengembirakan anak-anak yatim tersebut.

Disamping anak-anak yatim dan Pasti Al-Haq turut sama hadir dalam program tersebut ialah para penjaga, AJK PAS Kawasan Kuantan, Pelajar Madrasah Darul Fikri, Kg. Seri Damai serta kepimpinan PAS Cawangan Kg. Sepat.

Majlis yang mengeratkan tali silaturrahim antara kepimpinan PAS dan anak-anak yatim tersebut dikelolakan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Parlimen Kuantan dengan kerjasama Unit Amal serta Nisa' Kawasan Kuantan.

Bagi PAS Kawasan Kuantan program bantuan dan meraikan anak-anak yatim serta fakir miskin sentiasa diadakan saban tahun terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Kebanyakan program berbentuk kebajikan tersebut akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pusat Khidmat Masyarakat kawasan yang diketuai oleh Ahmad Nasuha Abidin selaku pengerusinya.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan mengharapkan semua cawangan-cawangan PAS dalam Parlimen Kuantan sentiasa mengemaskini data senarai anak-anak yatim serta fakir miskin di cawangan masing-masing agar program bantuan dan seumpamanya dapat disalurkan sekadar yang termampu.
gambar sekitar majlis


No comments: