______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Sunday, November 9, 2008

Bantu Jayakan Pasti

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Semua pihak diminta turut membantu bagi menjayakan proses pembelajaran anak-anak prasekolah yang dilaksanakan melalui Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) bagi mempastikan cogankata 'Pasti Cemerlang Islam Gemilang' berjaya sampai kematlamatnya.

Menurut Abd Samad Abd Hamid Pengerusi Jamaah Pengurus Pasti Al-Fatah, Batu 3 Jalan Gambang berkata, selain daripada jawatankuasa pengurusan, guru-guru, ibubapa atau penjaga murid, masyarakat setempat juga patut memainkan peranan untuk membantu memajukan Pasti.

" Dengan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan maka kos penyelenggaraan Pasti turut mengalami nasib yang sama," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Ihtifal Pasti Al-Fatah.

Tambahnya, apatah lagi jika ramai kalangan ibubapa atau penjaga tidak dapat menjelaskan yuran para pelajar kerana mungkin desakan kos sarahidup dan sebagainya, menyebabkan Pasti akan menghadapi masalah kewangan secara berterusan.

Menurut beliau, tahun ini sahaja sebanyak RM2489 yuran tertunggak tidak dapat dijelaskan oleh ibubapa atau penjaga murid di Pasti Al-Fatah.

Oleh itu tegasnya, masyarakat setempat yang cintakan pendidikan Islam perlu memberi bantuan yang semampu mungkin bagi menjayakan pembelajaran anak-anak Pasti memandangkan tiadanya sebarang bantuan daripada pihak kerajaan.

Gambar sekitar majlis Ihtifal Pasti Al-Fatah.



Majlis ihtifal Pasti Al-Fatah tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Shukry Jusoh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan.

Pasti kawasan Kuantan yang turut sama mengadakan ihtifal pada hari tersebut di tempat masing-masing adalah Pasti Ajwad Taman Seri Inderapura, Pasti Al-Mawaddah Sungai Isap 2 dan Pasti Az-Zahrah Tanah Putih Baru.

No comments: