______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Wednesday, May 6, 2009

1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang

'Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak.'

Bersih seru rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei
Wan Nordin Wan Yaacob & Irwan Muhammad Zain
Tue May 05, 09 3:24:43 pm MYT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda ' 1 Malaysia GELITA'.

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema.

Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak.

"Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar," tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: '1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan' sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

"Adakah slogan '1Autoritarian-dan-Korup Malaysia' menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya? Apakah yang dimaksudkan dengan 'pencapaian diutamakan' sekiranya 'pencapaian' di dalam perihal undang-undang tidak diketahui?

"Marilah kita tunjukkan satu warna '1MalaysiaGELITA!' Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: 'Utamakan Demokrasi!' mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: 'Adakan Pilihan Raya Sekarang!'"tambahnya. - mks. _

sumber : harakahdaily.net

admin : diharap para penyokong dan pendokong keadilan di sekitar kuantan khasnya, turut sama menjayakan kempen kali ini, demi menyampaikan mesej kepada pemerintah hari ini bahawa rakyat tidak suka kepada kekacauan politik yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Jom Kita Pakai Baju Hitam Esok!

No comments: