______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Thursday, December 25, 2008

Islam Hadhari penuh dengan ciri kezaliman

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue Dec 23, 08 4:43:55 pm MYT

Islam yang pernah menguasai wilayah yang begitu besar dan luas dari bekas jajahan takluk dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi, begitu juga wilayah lain, telah memerintah dengan adil sehingga Islam dikira menjadi penyelamat dan pembebas bangsa yang dijajah.

Sebelum kedatangan Islam, mereka telah diperintah dengan begitu zalim oleh kerajaan sebelumnya. Kerajaan Islam telah diterima oleh penduduk dengan penuh sukarela dalam keadaan mereka tidak dipaksa menganut Islam.

Mereka telah berpegang dan beramal dengan agama asal masing-masing. Mereka juga dibenarkan bekerja dan memiliki harta. Kerajaan Islam diwajibkan berlaku adil terhadap mereka. Ini adalah perintah agama Islam yang sentiasa mengambil kira perhitungan dosa dan pahala di hadapan Allah, bukan kerana maslahah duniawiyyah.

Sikap ini telah menyebabkan penduduk di wilayah yang diperintah telah menerima sistem Islam secara rela hati. Sehingga hari ini masih terdapat keturunan asal warga bukan Islam yang terus menganut agama mereka dan juga masih terdapat rumah-rumah ibadat mereka yang dibina sejak ribuan tahun yang lalu tanpa diroboh dan diganggu-gagat oleh kerajaan Islam.

Suasana ini masih terdapat di Mesir, Yaman, Parsi (Iran), India dan lian-lain. Selepas pembukaan wilayah baru Islam, hanya segelintir pegawai Islam ditinggalkan menjadi pemimpin dan pentadbir di tengah-tengah majoriti besar masyarakat bukan Islam.

Warga bukan Islam di wilayah-wilayah baru ini lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam, dan akhirnya menganut Islam.

Bangsa-bangsa yang menganut Islam, begitu juga yang kekal dengan agama asal telah memberi sumbangan besar kepada Hadrah Islamiyah dalam segenap bidang.

Terdapat di kalangan keturunan mereka yang menganut Islam telah menjadi ulama terbilang seperti imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Al-Ghazali dan lain-lain. Selain menjadi tokoh dalam bidang ilmu agama, ramai dari mereka yang menjadi tokoh ilmu duniawi seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarazmi.

Mereka ini bukan dari kalangan berbangsa Arab, tetapi turut sama memberi sumbangan yang besar menyalurkan ilmu ke dalam bahasa Arab ikut melahirkan Hadrah Islamiyah.
Islam Hadhari ciptaan Umno mundur ke belakang

Buku-buku dalam bahasa asing telah diterjemah ke dalam bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar ke dalam bahasa Arab. Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana zaman penjajahan, dengan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris.
sumber : Harakahdaily.net

Tuesday, December 16, 2008

PAS Pahang setuju Perak beli Camry

Basiron Abdul Wahab
Tue Dec 16, 08 2:49:55 pm MYT

TEMERLOH 16 Dis (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS Pahang menyokong cadangan kerajaan Pakatan Rakyat Perak untuk menggunakan Kenderaan jenis 'Toyota Camry' sebagai kereta rasmi anggota exconya menggantikan kereta Proton Perdana yang digunakan sekarang.

Katanya, langkah kerajaan Pakatan Rakyat itu seharusnya menyedarkan semua pihak terutama pihak berkuasa supaya mengkaji kemungkinan wujud elemen tidak sihat sehingga menyebabkan kos penyelenggaraan kenderaan nasional didakwa tinggi.

Ia juga sepatutnya menjadi motivasi dan cabaran kepada pengeluar kereta nasional untuk meningkatkan kualiti kereta, alat ganti dan pusat servisnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pengalaman kerajaan Pahang pada 1999 dahulu membuktikan kos penyelenggaran kenderaan exco kerajaan negeri juga tinggi sedangkan pada masa itu Pahang tidak menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana.

"Pada masa itu (1999) Adun pembangkang menegur kerajaan negeri kerana kos penyelenggaran kenderaan exconya yang tinggi, menyebabkan isu berkenaan mendapat perhatian Audit Negara dan sebagainya.

"Kita bimbang kos penyelenggaran kenderaan anggota exco yang tinggi bukan disebabkan oleh jenis kenderaannya tetapi disebabkan wujudnya unsur rasuah dan sebagainya, ini kerana jika kos penyelenggaraan Proton itu tinggi kenapa rakyat biasa boleh menggunakanya, perkara itu perlu diperhatikan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, beliau setuju dengan kerajaan Perak untuk menggunakan kenderaan jenis Toyota itu tetapi bagaimana sekiranya selepas itu kos penyelenggaraanya tetap tinggi.

Jika ini berlaku isunya di sini bukanlah jenis kenderaan tetapi ada unsur lain yang memerlukan pihak berkuasa menelitinya di samping meningkatkan pengurusan kewangannya. - mns _


sumber : harakahdaily.net

Thursday, December 11, 2008

38 ekor Daging Lembu Diagih Dalam Ibadah Qurban Dan Akikah UPU Kg. Belukar

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Sebanyak 38 ekor daging lembu berjaya diagehkan dalam Ibadah Qurban dan Akikah sempena menyambut Hari Raya 'Idil Adha di peringkat Unit Peti Undi (UPU) Kg. Belukar, DUN Inderapura baru-baru ini.

Ibadah Qurban serta Akikah tersebut diadakan ditujuh tempat berasingan iaitu di Pasti As-Saadah Kg. Razali, Surau RRM Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Surau Kg. Belukar, Markas UPU di Kg. Kurnia, Pondok Pemuda Al-Kalthumiah, Surau Sekolah Agama Al-Irsyad, Kg. Kurnia dan di Masjid Al-Fattah Batu 3 Jalan Gambang.

Keseluruhan daging qurban telah berjaya diagihkan terutamanya kepada penduduk-penduduk miskin yang ada di sekitar UPU seperti di Kg. Kurnia, Kg. Belukar, Kg. Razali dan Kg. Batu 3.

Sementara daging akikah pula kebanyakannya dimasak untuk dijamu kepada orangramai terutamanya petugas-petugas yang bertungkus lumus bekerja bermula daripada proses penyembelihan selepas solat Hari Raya 'Idil Adha sehingga selesai majlis tersebut.

Disamping mengharapkan ibadah qurban dan akikah tersebut diterima oleh Allah SWT serta mendapat ganjaran pahala yang besar daripadaNya, ianya juga diharap dapat membantu golongan yang kurang berada.

Kehadiran orangramai yang bersama-sama bergotongroyong menyempurnakan ibadah tersebut serta agehan daging qurban kepada seluruh penduduk kampung juga diharap dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dikalangan umat Islam setempat.

Semangat suka berkorban dikalangan mereka yang mampu terutamanya untuk kepentingan Islam diharap dapat berterusan walau pun Islam telah diberi kemenangan oleh Allah di negeri dan negara ini.


Sunday, December 7, 2008

Perdana Menteri jangan lepaskan jawatan- Ustaz Hadi

Azamin Amin Sun
Dec 07, 08 12:42:33 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Presiden PAS mencadangkan agar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia walapun melampaui tarikh penyerahan kuasa yang disepakati dalam Umno iaitu pada bulan Mac 2009 nanti.

Ini kerana menurut Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, beberapa perkara besar yang melibatkan pentadbiran negara termasuklah sebahagiannya yang merupakan janji Abdullah kepada rakyat Malaysia amnya masih belum tertunai.

"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, umpamanya masih diperingkat rang undang-undang dan berkemungkinan akan mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Kehakiman yang sepatutnya mengembalikan kewibawaan badan kehakiman, masih belum terlaksana," katanya yang dipetik daripada satu kenyataan media Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir kepada Harakahdaily.net jam 7.03 malam semalam.

Ustaz Hadi turut merasakan Abdullah wajar menyelesaikan beberapa tuntutuan ke arah penambah-baikan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang masih diragui oleh rakyat Malaysia sehingga kini.

untuk membaca lebih lanjut, klik disini

sumber : harakahdaily.net


Umno cipta istilah tidak tepati Islam

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Sat Dec 06, 08 11:14:33 pm MYT

Sekalian penulis dan pemikir Islam yang istiqamah telah mengulas kalimah dan konsep Hadharah hanya menerima konsep Hadharah Islamiyah sahaja (bukan Islam Hadhari).

Ulasan dan huraian mereka dalah bertujuan untuk menjelaskan kepada golongan yang salah faham terhadap Islam, golongan ini beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanyut, boleh diheret kepada penyelewengan seperti yang berlaku terhadap penganut agama di kalangan umat terdahulu.

Atau mereka itu terpengaruh dengan ideologi dan teori ciptaan manusia. Pada pandangan mereka, Islam itu jumud tanpa anjal semata-mata kerana Islam bertegas dalam perkara-perkara tertentu yang di izin para sahabat dan para tabi'in yang ikhlas.

Perkataan Islam Hadharah yang diuar-uarkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak pernah istiqamah, malah ianya kabur, menyeleweng dan berisiko menyesatkan.

Perlaksanaan Islam yang mereka lakukan bukan kerana hidayah dan ubudiyah, tetapi kerana jibayah dan maslahah duniawiyah, contoh terkini ialah siptaan istilah Islam Hadhari. Ia suatu ungkapan indah yanh menggoda tetapi pada masa yang sama mengelirukan dan dusta belaka.
Tindakan mereka samalah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan Tartar yang pernah menakluk Baghdada dengan mengemukankan perlembagaan Yasaq, mencapur-adukkan Islam dengan kesesatan, atau seperti Raja Akbar Agung dari India yang menggunakan perkataan Din-Ilahi yang telah menyesatkan umat Islam India pada zamannya.


untuk membaca lebih lanjut, klik di sini

sumber : harakahdaily.net