______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Tuesday, December 16, 2008

PAS Pahang setuju Perak beli Camry

Basiron Abdul Wahab
Tue Dec 16, 08 2:49:55 pm MYT

TEMERLOH 16 Dis (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS Pahang menyokong cadangan kerajaan Pakatan Rakyat Perak untuk menggunakan Kenderaan jenis 'Toyota Camry' sebagai kereta rasmi anggota exconya menggantikan kereta Proton Perdana yang digunakan sekarang.

Katanya, langkah kerajaan Pakatan Rakyat itu seharusnya menyedarkan semua pihak terutama pihak berkuasa supaya mengkaji kemungkinan wujud elemen tidak sihat sehingga menyebabkan kos penyelenggaraan kenderaan nasional didakwa tinggi.

Ia juga sepatutnya menjadi motivasi dan cabaran kepada pengeluar kereta nasional untuk meningkatkan kualiti kereta, alat ganti dan pusat servisnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pengalaman kerajaan Pahang pada 1999 dahulu membuktikan kos penyelenggaran kenderaan exco kerajaan negeri juga tinggi sedangkan pada masa itu Pahang tidak menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana.

"Pada masa itu (1999) Adun pembangkang menegur kerajaan negeri kerana kos penyelenggaran kenderaan exconya yang tinggi, menyebabkan isu berkenaan mendapat perhatian Audit Negara dan sebagainya.

"Kita bimbang kos penyelenggaran kenderaan anggota exco yang tinggi bukan disebabkan oleh jenis kenderaannya tetapi disebabkan wujudnya unsur rasuah dan sebagainya, ini kerana jika kos penyelenggaraan Proton itu tinggi kenapa rakyat biasa boleh menggunakanya, perkara itu perlu diperhatikan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, beliau setuju dengan kerajaan Perak untuk menggunakan kenderaan jenis Toyota itu tetapi bagaimana sekiranya selepas itu kos penyelenggaraanya tetap tinggi.

Jika ini berlaku isunya di sini bukanlah jenis kenderaan tetapi ada unsur lain yang memerlukan pihak berkuasa menelitinya di samping meningkatkan pengurusan kewangannya. - mns _


sumber : harakahdaily.net

No comments: