______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Tuesday, February 10, 2009

JPC Batu 3 Anjur Program Remaja

8 Feb 2009 (Ahad) Kuantan - Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 3 telah menganjurkan program belajar menyembelih ayam, yang amat bermanfaat untuk remaja-remaja di sekitar perkampungan ini. Sebanyak 35 ekor ayam telah di sediakan untuk acara tersebut. Ust. Ahmad Syukri Ismail, mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuantan telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan cara-cara dan syarat sah untuk sembelihan. Kira-kira 80 orang remaja dari Cawangan Batu 3 dan Cawangan Kampung Kurnia telah mengambil bahagian. Lebih memberangsangkan, pimpinan-pimpinan cawangan terbabit turut terlibat bersama dalam program tersebut untuk mendekati golongan-golongan remaja di sekitar cawangan masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah Program tersebut, Sdr. Mohamad bin Awang, selain dari menganjurkan acara belajar menyembelih ayam, pertandingan mencabut bulu ayam dan meneka jumlah berat ayam turut dipertandingkan. Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua yang telah memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, ayam hidup dan hadiah-hadiah untuk pertandingan.

Walaupun beberapa orang urusetia pertandingan terpaksa pergi ke Perak kerana kemelut politik yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang, namun berkat kegigihan urusetia yang tinggal, program tersebut masih dapat dijalankan dengan jayanya.

Pada sebelah malamnya, semua peserta dan urusetia diraikan dengan jamuan ayam bakar berempah. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan nombor bertuah turut di adakan. Program ditamatkan dengan tayangan LCD demostrasi di Perak dan tayangan keganasan serta kekejaman Israel di Gaza. - pkbc.

Admin - Tahniah di ucapkan kepada Pemuda PAS Cawangan Batu 3 yang aktif menganjurkan program untuk remaja.

No comments: