______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Sunday, January 4, 2009

Beramal Kerana Allah - Bukan Sekadar Moto.

Unit Amal Kawasan Kuantan merupakan antara salah satu Unit Amal Kawasan yang bergerak aktif. Sumbangan yang diberikan dalam membentuk imej parti tidak dapat dinafikan. Menurut Ketua Unit Amal Kawasan Kuantan, Sdr. Nawi Bin Abdullah (gambar), unit amal yang dulunya dikenali sebagai pasukan sukarela dalam aktivit parti seperti menjaga keselamatan, parking dan mengutip derma ketika ceramah-ceramah, telah melangkah lebih maju, apabila menjadi salah satu badan kebajikan yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Antara khidmat masyarakat yang diberikan oleh Unit Amal ialah membantu mangsa banjir yang teruk melanda negeri pahang pada awal tahun 2008. Selain itu, khidmat masyarakat unit amal telah melepasi sempadan kenegerian, apabila ketika Tsunami melanda dahulu, khidmat unit amal telah sampai ke Acheh Indonesia melalui Yayasan Amal, sebuah NGO. Kini melalui NGO tersebut, anggota-anggota unit amal masih meneruskan aktiviti khidmat masyarakat peringkat antarabangsa seperti menjayakan majlis aqiqah di Kemboja dan Selatan Thai.




"Melalui moto Beramal Kerana Allah, kami membuat kerja-kerja kebajikan untuk menyedarkan masyarakat bahawa Pas bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi juga sebuah badan kebajikan" ujar Sdr. Nawi kepada wakil PasKuantan.Blogspot.




"Namun hari ini, tidak seperti dahulu apabila ahli-ahli Pas menganggap unit amal hanya untuk golongan pemuda sahaja. Sebenarnya seluruh ahli Pas merupakan ahli unit amal yang perlu mempraktikkan moto, Beramal kerana Allah." sambungnya lagi.
"Walaupun unit amal telah sampai kepentas antarabangsa, namu khidmat-khidmat masyarakat untuk penduduk setempat masih diteruskan. Unit amal Kuantan, kerap membantu majlis kenduri-kenduri kahwin, membantu menjayakan program-program parti dan lain-lain khidmat yang diperlukan, selain dari aktiviti jambori dan perkemahan" tegas beliau.










Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua ahli Pas kawasan Kuantan untuk kembali aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan, tidak kira samada ahli pemuda atau ahli-ahli Pas yang telah melepasi usia pemuda agar mempraktikkan kembali moto "Beramal Kerana Allah" sempena dengan permulaan tahun baru 2009 ini.

No comments: