______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Wednesday, November 19, 2008

Guna Sistem Komputer Dalam Usaha Daftar Ahli dan Pemilih Baru

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: Semua Ketua atau Setiausaha PAS Cawangan diharap dapat menggunakan sistem berkomputer dalam mempertingkatkan usaha mendaftar ahli PAS dan pemilih baru di cawangan masing-masing bagi memastikan kemenangan parlimen Kuantan dapat dikekalkan serta semua Dewan Undangan Negeri di kawasan tersebut dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Suasana Umno/BN yang berada dalam krisis kepimpinan dan Pakatan Rakyat mendapat perhatian yang baik dikalangan masyarakat, maka peluang ini mesti diambil oleh semua kepimpinan cawangan-cawangan bagi meningkatkan usaha untuk mendaftar ahli baru PAS dan pemilih baru.

Keutamaan dalam mendaftarkan ahli serta pemilih baru perlulah bermula daripada keluarga ahli PAS sendiri, oleh itu semua kepimpinan PAS Cawangan mestilah mengadakan perancangan yang berterusan bagi mengenalpasti ahli PAS dan keluarga mereka.

PAS Kawasan sedia membekalkan sistem semakan ahli dan pemilih secara berkomputer bagi memudahkan usaha mengemaskini keahlian serta daftar pemilih di peringkat cawangan-cawangan.

Melalui sistem yang disediakan tersebut PAS Cawangan bukan sahaja dapat membuat 'pemutihan ahli' malah dapat membuat perancangan yang lebih teliti untuk kemenangan PAS di dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Namun demikian sistem berkomputer yang disediakan tersebut tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya di peringkat cawangan tiada seorang pun jawatankuasa yang mampu membuat pengemaskiniannya.

Oleh itu, PAS Kawasan melalui Lajnah IT telah pun mengadakan beberapa siri kursus bagi meningkatkan usaha penggunaan komputer untuk kepimpinan PAS Cawangan tetapi malangnya tidak mendapat sambutan yang menggalakan.

Walau bagaimana pun PAS Kawasan akan tetap meneruskan siri-siri kursus bagi meningkatkan usaha penggunaan komputer terutamanya di peringkat kepimpinan PAS Kawasan serta Ahli Jawatankuasa Harian PAS Cawangan-cawangan dan diharap ianya mendapat maklumbalas yang baik.

Disamping itu juga semua PAS Cawangan diharap dapat menyerahkan seberapa banyak borang ahli baru selewat-lewatnya pada 27 November ini untuk diserahkan kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 29 November sempena lawatannya ke Pahang bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jerantut, di Kg. Temin.

Semoga semua kerja mereka yang ikhlas untuk meningkatkan kemajuan gerak kerja Islam akan mendapat ganjaran pahala sebagai amalan jihad di sisi Allah SWT, insya Allah - zalie n.z

No comments: