______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Thursday, November 27, 2008

Dana dan Sukarelawan Diperlu Untuk Persiapan Banjir

Oleh Mohd Razali Ramli

Kuantan: PAS Kawasan Parlimen Kuantan memerlukan sumbangan dana berupa kewangan, makanan asas, selimut, tikar dan lain-lain keperluan bagi persiapan menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan baru-baru ini bagi bertindak membuat persiapan membantu mangsa yang terlibat dengan banjir jika ianya berlaku.

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar selaku pengarah dan akan membuka Bilik Gerakan Operasi selewat-lewatnya sebelum pertengahan bulan Disember ini.

Satu Mesyuarat Khas jawatankuasa tersebut juga akan diadakan pada 2 Disember ini bagi merangka tindakan dan persiapan awal jika berlakunya banjir.

Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan baru-baru ini telah memutuskan Bilik Gerakan Banjir bagi Parlimen Kuantan akan dibuka di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di Taman Guru dan beroperasi 24 jam sehari apabila berlakunya banjir.

Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir bolehlah mendaftarkan diri daripada sekarang melalui Setiausaha Kerja PAS Kawasan telefon 019-9511131 atau 013-9793203.

Sebarang bentuk sumbangan boleh dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat PAS Parlimen Kuantan di Markas PAS Cawangan Taman Guru, H-31 Jalan Karyawan 2, Taman Guru, Batu 5 Jalan Gambang.

Sementara sumbangan bentuk kewangan bolehlah disalurkan terus ke akaun Bank Islam atas nama 'Badan PAS Kawasan Kuantan' no. 06019010004895.

No comments: