______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Tuesday, January 27, 2009

Rakyat tolak Najib jadi PM, tidak mahu peralihan kuasa - Ust. Azman Safawi

Hashim Abdullah
Tue Jan 27, 09 12:34:27 pm MYT

KUANTAN, 27 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melalui jalan sukar untuk menduduki kerusi Putrajaya sebagai Perdana Menteri kerana terdapat petunjuk proses peralihan kuasa mungkin tidak berlaku atas desakan pelbagai pihak dalam Umno sendiri kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Sharpawi.

Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Razali delat sini, baru-baru ini menjelaskan proses peralihan kuasa terganggu akibat Najib yang mengetuai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hilang wibawa akibat daripada kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Dulu apabila Unno BN kalah dalam pilihanraya umum semua tangan menunjukkan kearah Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap lemah. Kemudian berlaku desakan agar peralihan kuasa dalam Umno perlu dilakukan.

"Kemudian apabila Umno BN kalah lagi dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, desak lagi agar segerakan peralihan kuasa dalam bulan Mac. Pak Lah turut lagi, ini bermakna semasa berlakunya pilihanraya kecil Kuala Terengganu Najib adalah Presiden Umno dan Najib adalah bayangan Perdana Menteri. Tetapi rakyat secara jelas telah menolak kepimpinan Najib dengan mengalahkan calon Umno. Sebab itu kita percaya Najib lalui jalan sukar,"katanya.

Tambah Azman terdapat banyak desakan agar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri bagi meneruskan agenda pembaharuannya dalam pentadbiran.

"Banyak desakan kita dengar agar Pak Lah meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Ada yang berpendapat kalau Najib ambil alih keadaan bertambah buruk," katanya.

Mengenai kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Azman berkata sokongan luar biasa golongan muda memberi keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pada pilihanraya akan datang.

"Sokongan golongan muda memang luar biasa dan amat membimbangkan Umno. Kejayaan kita kerana golongan muda berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kalau trend ini berterusan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat memang cerah,"katanya.- azm _

sumber :harakahdaily.net

Monday, January 26, 2009

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Mon Jan 26, 09 2:26:18 am MYT
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua. - azm


Ikhlas
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
sumber : harakahdaily.net

Saturday, January 24, 2009

PAS Kuantan Edar Kad Selamat Tahun Baru Cina

24 Jan Kuantan - Pas Kawasan Kuantan hari ini telah mengedarkan kad ucapan selamat tahun baru cina kepada masyarakat tiong hua di sekitar parlimen Kuantan. Sebanyak 1000 keping kad yang tertera gambar YDP Kawasan Kuantan, Ust. Rosli Abdul Jabar dan bersama TGHH dan TGNA dengan ucapan Happy New Year dan Gong Xi Fat Chai telah di edarkan di Kamgpung Baru Seri Teruntum, Tanah Putih Baru, Taman Kurnia Jaya dan lain-lain taman.

Seramai 20 orang pemuda bermotosikal telah turun untuk mengagihkan kad-kad tersebut. Kebanyakan masyarakat tiong hua menerima baik kad-kad yang diberikan kepada mereka. Mereka turut mengucapkan terima kasih di atas ingatan Pas Kuantan kepada masyarakat tiong hua di sini.

Adalah di harap dengan menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan antara Pas Kuantan dan masyarakat tiong hua di sekitar parlimen Kuantan, sekaligus mencerminkan slogan Pas For All, bukanlah sekadar slogan semata-mata. Pas For All bukan hanya slogan malah satu janji bahawa Pas memperjuangkan nasib semua rakyat merentasi fahaman agama, warna kulit, tua atau muda dan kaya atau miskin.







Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat tiong hua dari PasKuantan.blogspot.com.


Admin - Ada yang komplen kenapa Pas Kuantan pakai sampul surat warna putih. Mereka mencadangkan supaya menggunakan sampul merah atau merah jambu sejajar dengan warna yang selalu digunakan oleh mereka sempena menyambut Gong Xi Fat Choi.

Ceramah Isu Semasa



CERAMAH UMUM
KUALA TERENGGANU MILIK PAS.

UST. AZMAN SAFAWI ABD. RANI
NAIB KETUA DPP PUSAT / KETUA DPP TERENGGANU

SDR. ABDULLAH BIN ABDUL KARIM
EXCO DPP PUSAT

MR. BALASUBRAMANIAM NACHIAPPAN
PENGERUSI KELAB PENYOKONG PAS PAHANG

25 Januari 2009 (Ahad)
9.00 malam
Pasti As-Saadah Kg. Razali


Semua Di Jemput Hadir.

Wednesday, January 21, 2009

Album PRK P36 Kuala Terengganu

Kenangan PAS Kuantan di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

6 -16 Januari 2009 - Berkempen.




















17 Januari 2009 - Hari Pengundian
(8.00 pg - 5.00 ptg)


























17 Januari 2009 - Pengumuman Keputusan & Perarakan Kemenangan.
(9.00 mlm -? pagi)































klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

(admin : terima kasih kepada sdr.budakjahat kerana banyak membantu untuk menyusun dan mengedit gambar-gambar ini. pertolongan sdr amat dihargai. )

Sunday, January 11, 2009

Ajar Israel-Amerika,boikot barangan mereka - Nik Aziz

Mohd Khalil Abdullah Foto Nasir Sudin
Sat Jan 10, 09 10:51:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) -Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.

"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah, Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert. - mks._

sumber : harakahdaily.net

Monday, January 5, 2009

Sajak Khas Pilihanraya Kecil P036

Pesan Ayah.


PAS rakam simpati, bantah keras kekejaman Zionis

Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Thu Jan 01, 09 3:21:51 pm MYT

"PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut."

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.

"PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

"Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini," katanya. - azm _

sumber : harakahdaily.net

Sunday, January 4, 2009

Beramal Kerana Allah - Bukan Sekadar Moto.

Unit Amal Kawasan Kuantan merupakan antara salah satu Unit Amal Kawasan yang bergerak aktif. Sumbangan yang diberikan dalam membentuk imej parti tidak dapat dinafikan. Menurut Ketua Unit Amal Kawasan Kuantan, Sdr. Nawi Bin Abdullah (gambar), unit amal yang dulunya dikenali sebagai pasukan sukarela dalam aktivit parti seperti menjaga keselamatan, parking dan mengutip derma ketika ceramah-ceramah, telah melangkah lebih maju, apabila menjadi salah satu badan kebajikan yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Antara khidmat masyarakat yang diberikan oleh Unit Amal ialah membantu mangsa banjir yang teruk melanda negeri pahang pada awal tahun 2008. Selain itu, khidmat masyarakat unit amal telah melepasi sempadan kenegerian, apabila ketika Tsunami melanda dahulu, khidmat unit amal telah sampai ke Acheh Indonesia melalui Yayasan Amal, sebuah NGO. Kini melalui NGO tersebut, anggota-anggota unit amal masih meneruskan aktiviti khidmat masyarakat peringkat antarabangsa seperti menjayakan majlis aqiqah di Kemboja dan Selatan Thai.




"Melalui moto Beramal Kerana Allah, kami membuat kerja-kerja kebajikan untuk menyedarkan masyarakat bahawa Pas bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi juga sebuah badan kebajikan" ujar Sdr. Nawi kepada wakil PasKuantan.Blogspot.




"Namun hari ini, tidak seperti dahulu apabila ahli-ahli Pas menganggap unit amal hanya untuk golongan pemuda sahaja. Sebenarnya seluruh ahli Pas merupakan ahli unit amal yang perlu mempraktikkan moto, Beramal kerana Allah." sambungnya lagi.
"Walaupun unit amal telah sampai kepentas antarabangsa, namu khidmat-khidmat masyarakat untuk penduduk setempat masih diteruskan. Unit amal Kuantan, kerap membantu majlis kenduri-kenduri kahwin, membantu menjayakan program-program parti dan lain-lain khidmat yang diperlukan, selain dari aktiviti jambori dan perkemahan" tegas beliau.










Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua ahli Pas kawasan Kuantan untuk kembali aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan, tidak kira samada ahli pemuda atau ahli-ahli Pas yang telah melepasi usia pemuda agar mempraktikkan kembali moto "Beramal Kerana Allah" sempena dengan permulaan tahun baru 2009 ini.