Yang Dipertua Pas Kawasan Kuantan, Al-Fadhil Ust. Rosli Jabar, kekal sebagai YDP baru tanpa bertanding. Jawatan itu telah dimenanginya kerana semua calon lain telah menarik diri untuk terus memberi laluan kepadanya memimpin Pas Kuantan.Kepada yang terpilih, selamat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga Pas Kawasan Kuantan akan terus maju dan berjaya di masa hadapan.
admin - tahniah... mungkin takziah pada yang terpilih. Ingatlah ini bukan sekadar penghormatan, seperti yang dikatakan oleh Al-Fadhil Ust. Yusof Embong di blognya, ini adalah amanah yang pasti akan di soal di akhirat kelak. Semoga tuan-tuan dan puan-puan cekal dalam menguruskan amanah ini, dan berjaya melaksanakan segala tanggungjawabnya. Kepada yang tidak terpilih, jangan bersedih, sebaliknya bersyukurlah kerana tuan-tuan dan puan-puan di lepaskan oleh Allah dari menanggung amanah.

No comments:
Post a Comment