______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Tuesday, February 10, 2009

Program Penerangan Khas Bertukar Ceramah Umum

9 Feb 2009 (Isnin) Kuantan - Satu program penerangan khas maklumat terkini kemelut di Perak yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Kawasan Kuantan yang di adakan di Pasti As-Saadah, Kampung Razali telah bertukar menjadi ceramah umum. Kira-kira 1 ribu ahli Pas dan penyokong telah hadir ke majlis tersebut.

YDP Pas Kawasan Kuantan, Ust. Rosli Abdul Jabar dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ust. Nasrudin Hassan At-Tantawi yang dijadualkan untuk memberikan taklimat terkini telah memberikan ceramah berkaitan isu semasa di Perak. Kedua-dua pimpinan ini yang baru pulang dari Perak telah menceritakan sedikit-sebanyak pengalaman dan maklumat yang yang diperolehi.

Ust. Nasrudin turut menceritakan bagaimana penipuan, rasuah dan ugutan telah digunakan oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah dan menggantikannya dengan kerajaan haram Umno. Beliau turut memberikan maklumat, modus operandi yang sama kini telah dilakukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Maklumat terbaru yang disampaikan ialah, seorang Exco Kedah telah meletakkan jawatan sebagai Exco kerana tidak tahan dengan ugutan dan ancaman dari Umno/BN kepada diri dan keluarganya. Exco tersebut dijangka akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Selambau dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Beliau juga meminta para petugas bersiap sedia untuk pilihanraya kecil Parlimen P.056 Bukit Gantang berikutan kematian Ahli Parlimen Pas, Al-Marhum Ustaz Roslan bin Shahrum. Majlis ceramah tersebut ditamatkan dengan tayangan LCP klip "Protest and Tear Gas Rock Royal Town" yang dipetik dari malaysiakini.com.- pkbc.

Admin - Al-Fatihah untuk Al-Marhum Ustaz Roslan bin Sharum, MP Pas Bukit Gantang yang telah kembali kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

No comments: