______________________________________________________________________________

IKLANEKA RINGKAS@PKBC

BERITA BAIK UNTUK KAKI PANCING

Khidmat sewaan bot berenjin dan tanpa enjin
Di Sungai Belat Batu 3 Kuantan
Hubungi Tuan Haji Roslan (hj. Lan) 013-9454682.


KHIDMAT PENGIKLANAN RINGKAS DI RUANGAN INI
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Sdr. SUK Kawasan Kuantan.


Perlancaran Bulan Infaq Pas Pahang



______________________________________________________________________________

Sunday, October 26, 2008

PR Dalam Jamuan Raya PAS Kuantan

Oleh Mohd Razali Ramli
Kuantan 26 Okt: Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Jamuan Hari Raya 'Idil Fitri PAS Kawasan Kuantan melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Selain masyarakat setempat yang memeriahkan majlis tersebut turut hadir adalah Fuziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan dan suaminya Profesor Dr Rosli, Hanipa Maidin AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat serta Datok Fauzi Rahman bekas ADUN Beserah yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pimpinan PAS Negeri yang turut bersama di dalam majlis jamuan tersebut adalah Ustaz Yusof Embong Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Mokhtar Senik Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri, Pemangku Ketua DPP Negeri Ustaz Suhaimi Md Saad serta Ketua Penerangan PAS Negeri Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Majlis Jamuan Hari Raya yang buat pertama kalinya diadakan di Markas Unit Peti Undi Kempadang, di Taman Berjaya Permai, DUN Tg Lumpur juga turut disertai pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Celcom yang telah membuka kaunter masing-masing bagi menceriakan lagi suasana majlis tersebut.

Jamuan yang diadakan secara sederhana bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang tersebut menghidangkan jamuan nasi berlaukan gulai kawah daging kerbau disamping kuih muih yang biasa disediakan.

Tetamu yang hadir selain menikmati juadah yang disediakan turut dihiburkan dengan gelagat pakar motivasi Yayasan Amal Akhwan Affandy daripada Adnin Managment Centre yang menjadi pengacara majlis serta kumpulan nasyid daripada Madrasah Darul Fikri Kg. Seri Damai. Kanak-kanak yang hadir turut diraikan dengan penyampaian duit raya oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar YDP PAS Kuantan dan Penolong Setiausahanya Mohd Razali Ramli.

Gambar sekitar majlis jamuan.


No comments: